Khamis, 22 Disember 2011

Hasil Karya Artgenting

 Inilah contoh  beberapa karya yang telah dihasilkan oleh para peserta bengkel. Layannn...

























Artgenting!

Bengkel Menulis dan Illustrasi Buku Bergambar Kanak-Kanak telah dijalankan sebanyak empat sessi pada bulan April, May, Julai dan Ogos 2011 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland anjura Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru dan Institut Aminuddin Baki.. (serious nih!)

Di bawah ni cikgu letak gambar dan sikit-sikit penerangan mana yang mampu ya..



Sebagai pembuka tirai, inilah barisan peserta kursus, penceramah dan fassi... keluarga Artgenting!
Penceramah Pak Yusof Gajah (tengah). Sedang google nama Yusof Gajah, cikgu terjumpa entri mengenai pak yusof dalam blog pasal kewangan  http://buku.b3lima.com/2008/07/yusof-gajah-dan-tpm.html (menarik-kan!) . Kenali Yusof Gajah dalam dunia sastera kanak-kanak di Malaysia di sini http://www.yusofgajahlingard.com/


Bengkel ini tersangaatttlah best-nya. Dijalankan secara bersahaja dan tidak formal justeru sesuai sangat dengan jiwa cikgu yang santai. Banyaknya contoh-contoh buku bergambar dari luar negara dan dari Malaysia sendiri yang menjadi koleksi Pak Yusof Gajah. Cikgupun ternganga melihat buku-buku tersebut sambil berfikir "boleh ka aku buat ni?",  


Nampak tak buku bertajuk Raian's Hair ? Jangan tak tahu, buku tu penulis dari Malaysia tau! Ini  baru sessi pertama, baru belajar menulis manuskrip buku dan buat storyboard. 


Haa.. ni gambar sessi kedua. Sessi kedua cikgu paling suka pasal 3 hari di Genting, melukis dan mewarna saja. Yang di sebelah cikgu baju oren tu, presiden group Artgenting (penghulu peserta bengkel), kepakaran dia buat orang happy. Di depan cikgu, geng sesat (sesat  di jalan raya, nak balik seremban pun boleh sesat lagi, muehehe) Cikgu Jamilah dan di sebelah dia Cikgu Azmeer (peserta paling muda). Orang lain dah siap 7 helai sepanjang sessi kedua ni, cikgu siap satu jerr.. 


Yang berbaju dan bertudung hitam tu, isteri merangkap pengurus Pak Yusof  (orang Rembau N9) sedang bercakap dengan Cikgu Mariam dari Negeri Sembilan jugak! 


Pak Yusof dan Cikgu Zulkarnine dari SK Tunku Munawir Kuala Pilah. Den upload group Nogori Sombilan yo, jangan marah.. Para peserta bengkel ni dari sekitar N9, Putrajaya dan KL saja. Mungkin sebab dekat kut.


Inilah buktinya konsentrasi para peserta bengkel. 

Entri selepas ini, lawatan oleh Presiden IBBY (International Boards on Books For Young People http://www.ibby.org/ ).





Rabu, 21 Disember 2011

Tak ado kojo cari kojo.


Assalamualaikum, 


Sayup ja suara di gagang telefon bimbit cikgu.


Waalaikumussalam... kak ani ke tu? 



Muehehe (pinjam gelak cik epal kt sebelah). Agaknya itu la lebih kurang mulanya detik-detik keterlibatan cikgu dalam dunia sastera kanak-kanak di Malaysia. Cikgu Noraini (sekarang pensyarah di IPG Raja Melewar Seremban) tanya kalau-kalau cikgu berminat nak menghadiri Bengkel Menulis dan Illustrasi Buku Kanak-Kanak.


Memang la cikgu minat. Sebab utamanya, cikgu memang 'gila' baca buku cerita sejak dari sEkolah rendah lagi. Bayangkan, siap jadi pustakawan semata-mata nak pinjam buku cerita hari-hari. Kalau ahli biasa, boleh pinjam seminggu sekali saja.


Yang kedua, memang la cikgu suka melukis tapi sejak jadi cikgu, tak pernahnya ada 'mood' nak berkarya kecuali waktu kelas seni, betulkan lukisan anak murid atau buat demo. Itupun, berapa minit sangat.... kat rumah  lagi tak ada mood sebab anak-anak memang suka berkepit ja ngan cikgu.. menaip nipun, ada ja yang sorang ni kat sebelah... 


Pendek kata (walaupun dah panjang), cikgupun menyanggup saja. Lepas tu cikgu dihubungi oleh pihak Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)  dan minta cikgu carikan seorang lagi guru. Syaratnya, mesti hadir sebanyak 4 sessi   dan setiap sessi selama 3 hari iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ( terpaksa berkorban hari cuti dan Isnin dah sekolah balik).


Nasib baik cikgu Jamilah ( cikgu seni baru bertukar ke sekolah cikgu tapi dah kenal lama) pun berminat nak pegi. Bolehla pegi sama-sama. Tapi nak pegi macam mana? Bukannya dekat, kat Institut Aminuddin Baki, Genting Highland! Umang aii.. akhirnya minta tolong suami cikgu hantarkan dan lepas tu jemput semula pada hari Ahad.


Itu baru satu sessi, agak-agak dalam bulan April 2011. Sessi kedua pada bulan May, cikgu Jamilah drive sendiri and off course, cikgu menumpang dia.. memang la tersesat barat di buatnya sampai ke Balakong bagai, baru jumpa jalan nak pegi Genting!Nasib baik jugak memang happy go lucky ja dua orang ni walau sesat-sesat jadi tak ada la tension bebenor!


Apsal tajuk entri ni "Takdo kojo cari kojo"/ (tak ada kerja cari kerja) ??? Masa sesi pertama tu, kita orang diajar mengenai teknik penulisan buku kanak-kanak dan lepas tu, kena siapkan manuskrip dan storyboard untuk cerita sendiri. Adoyai.. pengsan nak cari idea, pasal memang masa pegi tu, kepala "fill in the blank " , tak tahu apa-apa pasal menulis buku.


Memang la mencarik kerja namanya... nak berpikir pulak lagi. Kat sekolahpun dah kurang pikir dah, nak tulih RPH (ce tanya cikgu korang apa dia RPH) pun kemain berjam, ini pulak nak tulis buku dalam semalam!  


Untuk itu, cikgu dan rakan-rakan bengkel 'salute' dengan team penceramah dan fassinya... iaitu Pak Yusof Gajah (http://yusofgajah.blogspot.com/), isterinya Mama Zakiah dan Puan Alimah Salam. Personally, cikgu rasa malu sendiri melihat kesungguhan team tenaga pengajar ini. Mereka sangat berdedikasi dan passionate (ghairah?) dengan bengkel ini. Seolah-olahnya tiada istilah letih atau putus asa walaupun peserta bengkel ibarat 'bebudak tadika' dalam dunia penulisan.


Juga terima kasih kepada pihak MBKM terutama Pn Norhayati, Bahagian Peendidikan Guru  (En. Akbar ) dan para pensyarah di IAB yang sanggup meneman kami sampai ke malam hari.


Bengkel ini bukan sekadar  latihan atau satu lagi kursus untuk cikgu, sebaliknya ia merupakan satu bidang yang amat berbeza dari dunia perguruan dan.... cikgu SUKA! 


Lepas ni entri yang pEnuh dengan gambar-gambar bengkel pulak.

Rabu, 30 November 2011

Latihan Rendering


Kertas 2 Seni Visual STPM (Lukisan) memerlukan para pelajar sentiasa membuat latihan melukis. Anda tak boleh 'study the whole night' (berjaga semalaman) sebelum hari peperiksaan untuk Kertas 2 ni sebaliknya anda kena 'berjaga'  setiap malam dalam masa setahun kalau nak score A kertas ni. Maksudnya, selalu buat latihan melukis semasa masih di Tingkatan Enam Rendah terutama pada waktu cuti sekolah ni. Tahun depan dah sibuk dengan subjek lain, jadi cikgu nasihatkan pelajar Enam Rendah buat latihan melukis dari sekarang.

Biasanya, pelajar akan memilih menggunakan media pensil  untuk menjawab soalan bagaimanapun, setiap objek memerlukan cara dan teknik berbeza dalam lukisan . Cikgu letak tutorial video dari youtube di sini supaya pelajar boleh buat latihan demi latihan untuk Kertas 2 Seni Visual STPM. Jangan lupa tengok juga post-post cikgu yang terdahulu di bawah label KERTAS 2-LUKISAN


Tugasan semasa cuti sekolah














Lukisan Pengkaryaan : Latihan

Kajian pencahayaan dalam lukisan

Gambar 1

Latih tubi 1 untuk Gambar 1:  Lukis objek dengan penekanan terhadap kadar banding dan struktur yang tepat, kemudian gelapkan kawasan latar ikut arah cahaya. 

 Gambar 2

Latih tubi 2 untuk Gambar 2: Kali ini, hitamkan latar dengan pensil 4B ke atas (6B) , guna teknik gosokan atau serongkan mata pensil. Guna pemadam untuk wujudkan kesan pencahayaan yang kuat.



Latih tubi 3 untuk Gambar 3 :  Bagi lukisan ini, pencahayaan yang kuat datang dari bahagian atas. Lihat kesan bayang yang 'sharp' kerana kesan cahaya yang kuat.






Selasa, 29 November 2011

Teknik Mewarna Pergerakan Air (2)


Masa bersekolah dulu, cikgu tak ada la pandai sangat dalam Pendidikan Seni, cuma cikgu suka sangat membaca dan melukis kartun. Dah selalu sangat melukis kartun, cikgupun jadi berminat nak minta kursus seni. Rupa-rupanya, mencabar sungguh course seni sebab cikgu tak pandai mewarna. Melukis ja pandai tupun tak kreatif sangat. Jadi, pelajar-pelajar di luar sana jangan la rasa rendah diri sangat kalau tak sebagus seorang dua  rakan kamu yang sangat berbakat tu. 

Apa yang cikgu merepek ni? He he.. cerita panjang lebar sebab ada kaitan dengan catan di atas. Pagi tadi, Cikgu cuba jugalah eksperimen cara nak buat pergerakan air tu. Dalam catan ni, untuk background atau latar,cikgu guna 'water colour' yang harganya RM20, tak le mahal nak dibanding dengan buncho tu, lebih kurang ja cuma buncho lebih banyak. 

Sebelum mewarna sungai, cikgu lorekkan oil pastel warna putih (buncho ja yanag ada) untuk wujudkan kesan aliran air. Bila letak water color, terus dapat effect garisan air. Untuk pokok dan batu yang di hadapan sekali, cikgu tambah warna-warna dan sedikit garisan hitam  oil pastel untuk wujudkan kesan jalinan batang pokok dan jalinan batu besar, Lepas tu, tenyeh-tenyeh oil pastel putih lagi untuk kesan buih dan air terpercik. Ini first time buat dalam masa sejam tau, kalau tak berapa menjadi tu, maafkan ja lah. Cuba la korang eksperimen pulak, malam ni cikgu nak buat lagi sebab tak puas hati.

Perhatian! untuk aliran sungai, sebelum mewarna sungai, elok guna crayon putih atau lilin biasa daripada oil pastel. Oil pastel tu tertutup bila diwarna jadi kena tenyeh lagi sekali

Isnin, 28 November 2011

Teknik Mewarna Pergerakan air

Ramai juga yang bertanya bagaimana nak tunjukkan pergerakan air dalam soalan 4, jadi cikgu cari di youtube. Harap dapat membantu



Teknik dalam video ini adalah teknik legap sesuai untuk anda yang guna warna poster jenama buncho tu.  Mula-mula warnakan semua latar dengan warna sederhana gelap, warna cerah dikemudiankan. Akhir sekali warna paling cerah dan sedikit warna paling gelap untuk bayang. cikgu tak galakkan guna warna hitam sepenuhnya,bancuhlah apa2 warna dan dicampur sedikit sahaja hitam untuk ton gelap. Cikgu lebih suka biru ultramarine(biru pekat) daripada hitam.

Guna warna poster (buncho) ini, menjimatkan masa mewarna berbanding guna warna pensil sepenuhnya. Selepas diwarnakan background (latar) iaitu langit, batu, batang-batang pokok (tambahan)atau dataran, barulah guna warna pensil (LUNA atau STABILO) untuk  hasilkan kesan bebayang dan pencahayaan. Jalinan pada batang pokok juga senang dihasilkan dengan warna pensil. Jika warna pensil tak ada warna putih, cikgu gunakan liquid paper untuk kesan cahaya paling terang.

Jika pelajar takut guna berus untuk warnakan air, gunalah crayon atau oil pastel. Cuba juga  gunakan kapur tulis warna putih atau soft pastel (pelajar jarang ada warna jenis soft pastel). Rajin-rajinlah bereksperimen.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa cikgu cari bahan dari google dan tak buat sendiri dalam kelas. Sebenarnya, cikgu hanya mengajar di Tingkatan Enam dan dah tak mengajar Tingkatan Lima lagi jadinya cikgu cuma boleh tolong google supaya anda semua dapat jimat masa mencari-cari.

Harap membantu

Ahad, 27 November 2011

Latihan Kertas 2 Lukisan Seni Visual STPM


Still Life Painting oleh http://latifmaulan.blogspot.com/
Cikgu baru tahu ini adalah hasil karya artis Latif Maulan setelah ditegur oleh saudara AUR di bawah. Lamaa dulu, sebelum wujudnya blogspot ni semua, saudara Latif usahakan laman web yang dapat mengumpulkan banyak hasil seni oleh pelukis-pelukis professional dan amatur di Malaysia. Cikgu selalu juga mengunjungi laman tersebut, tapi sekarang dah tak ada lagi dan digantikan dengan latifmaulan.blogspot. Cikgu dah melawat blognya dan seperti biasa, kagum dengan karya-karya super realistik-nya. 


http://latifmaulan.blogspot.com/2009/05/apresiasi-karya-abdlatif-maulan-oleh.html



Lukisan oleh guru dari Wilayah Persekutuan semasa Bengkel Kerja Kursus PSV (cikgu dapat CD- sahaja). Sesiapa yang mengenali atau mengetahui, bolehlah maklumkan kepada cikguseni.com untuk kreditasi









Sabtu, 26 November 2011

Soalan SPM Pendidikan Seni Visual Kertas 2 2011

Khas untuk  Sirnur Muhammad bin Norazuran yang sedang menduduki SPM tahun ini.

Soalan 4  Beberapa batang pokok telah tumbang dan menyekat aliran air anak sungai. Lukis situasi ini dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang, jalinan dan pergerakan air.

Langkah 1: cari gambar pemandangan anak sungai (sungai kecil) . Gambar-gambar di bawah cikgu pilih kerana    dapat menjelaskan ruang melalui perspektif anak sungai; secara tidak langsung soal ruang telah dijawab.



Nampak tak, cikgu merahkan perkataan beberapa dan menyekat; maksudnya batang kayu kena lebih dari satu dan jatuh dalam sungai cetek. Kalau guna gambar di atas, cuma tambah batang-batang kayu kecil melintang dan membentuk seperti air terjun kecil. Cikgu suka gambar di atas sebab jelas pergerakan airnya akibat disekat dengan batu. Tukarkan batu dengan batang-batang kayu, pun boleh kan.

Batang kayu di atas ini guna teknik warna legap (kurang air). Lihat bagaimana unsur bentuk yang diminta oleh soalan dapat dijelaskan melalui penekanan terhadap kesan cahaya dan bayang.

Pokok baru tumbang dan masih berdaun. Selain daripada bentuk, soalan juga menekankan kepada unsur jalinan. Lihat bagaimana pelukis mengaplikasi unsur jalinan pada batang pokok dan dedaunan.

Beri perincian untuk menimbulkan unsur bentuk dan jalinan pada pokok dapat menjawab soalan dengan tepat.


Langkah 2: Buat beberapa lakaran ringkas untuk menentukan komposisi dan reka letak yang sesuai. Gabungkan beberapa elemen (objek pokok, daun ) yang sesuai sahaja untuk gambar latar yang dipilih. Kalau contoh pokok itu menegak, anda lukislah pokok tersebut dalam keadaan tumbang ikut kehendak soalan.



Langkah 3 : Practice Makes Perfect! Ada masa eberapa hari ni, berlatihlah mewarna. Unsur warna juga memainkan peranan penting untuk menjawab soalan. Cikgu sarankan, warnakan latar dengan warna cair dahulu (teknik cat air) untuk dapatkan kesan kabur dan jauh. Batang pokok yang lebih dekat barulah guna warna yang lebih legap (kurangkan air) dan lebih terang. Guna pensil warna untuk hasilkan jalinan pada batang pokok, dan juga untuk kesan cahaya dan bayang.

Di bawah ini cikgu beri contoh-contoh catan teknik cat air supaya pelajar boleh berlatih hasilkan latar kabur (langit, gunung atau  pokok jauh) dan juga warna-warna untuk rumput. Jangan risau contoh-contoh gambar ni cantik sangat; kalau kita tiru gambar paling cantik, sekurang-kurangnya gambar kita cantik sikit. Kalau tiru gambar asal dah tak cantik, apa pula jadi pada gambar kita?








Akhir sekali, jangan lupa kehendak soalan yang terakhir iaitu pergerakan air..






Gambar di atas ini guna teknik warna legap . Nampak mudah, tapi anda perlu buat pemerhatian  rapi dan cubalah  meniru warna-warna yang digunakan sebaik mungkin. Jangan lupa buat juga latihan  kesan bayang-bayang pokok pada air .

Soalan ini juga boleh dijawab menggunakan media Lukisan seperti pensil dan pen dakwat. Tapi lukisan kena  lebih terperinci untuk kesan jalinan dan jangan nampak kosong. Di bawah ini ada beberapa contoh untuk latihan tapi nak jawab soalan, kena la pandai-pandai tokok tambah lukisan ni




Selamat Mencuba!