Ahad, 30 Januari 2011

Soalan 4 - Ketuhar Gelombang Mikro


PEREKAAN
4 Hasilkan sebuah model reka bentuk ketuhar mikrogelombang (microwave oven) yang
mempunyai dwifungsi, iaitu untuk kegunaan harian dan hiasan.

Hasil rekaan hendaklah berukuran tidak melebihi 30 cm panjang, 30 cm lebar, dan 30 cm
tinggi. Calon hendaklah menggunakan bahan yang sesuai untuk membentuk model. Hasil rekaan
hendaklah dibina dengan kukuh dan kemas.

Portfolio perekaan hendaklah mengandungi
• permasalahan reka bentuk (design brief)
• kajian maklumat
• kajian ergonomik
• lakaran dan lukisan konsep
• lukisan bentangan berskala
• lukisan terperinci berskala
• lukisan pemasangan
• lukisan lepaan (rendering)
• senarai bahan dan komponen model
• rujukan dan sumber maklumat
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan
mengikut urutan.
Hasil rekaan hendaklah diberi penekanan dari aspek
• ketepatan fungsi dan nilai estetik
• penggunaan bahan dan teknik untuk model
• menepati konsep ergonomik dan ruang
• keaslian dan inovasi
• kemasan

Permasalahan tema - merekabentuk (design) microwave yang menarik dan tidak terikat kepada bentuk tipikal microwave iaitu EMPAT SEGI. Di sini cikgu berikan contoh-contoh rekabentuk microwave yang menarik dan berfungsi sebagai hiasan selain daripada fungsi asasnya.






walaupun berbentuk empat segi, tetapi memasukkan unsur Pop Art . microwave berfungsi sebagai canvas?
Hello Kitty Microwave - photo

tv atau microwave?
microwave menyerupai sebuah pasu berfungsi memanaskan minuman anda!







GAMBAR-GAMBAR/LAKARAN MICROWAVE OVEN


Pink microwave oven




Tiada ulasan: