Ahad, 6 Februari 2011

Instalasi Minda??

Program Instalasi Minda Pusat Sumber Sekolah mendapat namanya daripada penulisan
Tengku Sabri Ibrahim yang merupakan ahli akademik dan seniman dalam bidang Seni Visual (Seni Rupa Malaysia). Walaupun bergiat di dalam bidang Seni Visual, MEMBACA menjadi asas kepada kegiatan seni-nya.

Kepada para pelajar di luar sana, anda tidak boleh menjadi seniman/artis yang bagus jika tidak disertai dengan pemikiran yang baik. Pemikiran yang baik hanya boleh dibina dan dikonstruk melalui aktiviti MEMBACA.

Instalasi bermaksud membina, konstruk, install (dalam bahasa Inggeris sepert anda Install software komputer) dan minda bermaksud pemikiran JUSTERU tajuk Instalasi Minda untuk Pesta Buku sangat bersesuaian.

Di dalam Seni Visual juga ada istilah Instalasi merujuk kepada karya Seni Arca Instalasi.
"Seni instalasi (installation = pemasangan) adalah seni yang memasang, menyatukan, dan mengkontruksi sejumlah benda yang dianggap bisa merujuk pada suatu konteks kesadaran makna tertentu. Biasanya makna dalam persoalan-persoalan sosial-politik dan hal lain yang bersifat kontemporer diangkat dalam konsep seni instalasi ini."
Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Berikut merupakan penulisan TSabri Ibrahim yang saya petik dari Notes Facebook beliau (dengan izin)

Khutub Khanah Kancil Moden sebagai Instalasi Minda
by Tsabri Ibrahim on Sunday, October 31, 2010 at 12:59pm



Pak Sako. (1987).
The Modern Mousedeer
& Other Stories. Ulu Kelang:
Progressive Products Supply.

Kutubkanah Kancil Moden (KKK) adalah nama yang diberikan kepada perpustakaan saya. Ia adalah bersempena dengan tajuk buku Pak Sako, The Modern Mousedeer & Other Stories, yang memuatkan rencana-rencana pembelajaran Bahasa Inggeris untuk murid-murid sekolah rendah di Malaysia. Rencana-rencana ini asalnya diterbitkan secara mingguan dalam majalah/akhbar mingguan, Dewan Pelajar, pada akhir 1960an atau awal 1970an. Sebagai seorang murid sekolah rendah pada waktu itu, saya sentiasa tertarik dengan cara Pak Sako mengajar Bahasa Inggeris. The Modern Mousedeer & Other Stories diterbitkan pada tahun 1987 oleh Progressive Products Supply, Hulu Kelang.

(Bacaan/Carian Lanjut: 1. Pak Sako atau Ishak Haji Muhammad. 2. Sang Kancil dalam cerita-cerita binatang/jenaka Melayu.)


Catatan mengenai Instalasi Minda, 1998.

Instalasi Minda adalah terma yang saya guna untuk mengkategorikan bentuk karya seni yang tidak dapat dinikmati secara tampak, sentuhan dan pendengaran (juga rasa dan hiduan!). Ia hanya wujud dalam fikiran atau minda, dan bersifat bebas mengikut citarasa atau kehendak seseorang audien (atau saya sendiri!). Walaupun begitu, instalasi minda sebenarnya tercetus dari pengalaman melihat, mendengar, menyentuh, merasa dan menghidu sesuatu objek, perkara atau pengalaman. Instalasi minda boleh berlaku dalam sesuatu jangkamasa atau period yang tertentu, atau juga ia boleh berlaku tanpa sesuatu jangkamasa. Ia boleh bergerak secara kronologis – masa silam, masa kini dan masa depan. Ia juga boleh bergerak secara bebas.

(Bacaan lanjut/Carian: 3. Definisi-definisi Installation Art, Performance Art, Conceptual Art, Phenomenology, dan juga Deconstuction.)

Pada pertengahan 1990an, saya menerbitkan Tanpa Tajuk secara manual – memikirkan, menaip, mengilustrasi, mencetak, menyusun dan menjualkannya kepada kawan-kawan yang sudi membeli. Saya menganggap semua aktiviti-aktiviti ini, ditambah dengan reaksi audien/pembaca samada pujian mahupun cemohan, sebagai aktiviti-aktiviti di dalam instalasi minda saya.


Kutubkanah Kancil Moden | Oktober 2010.

Ketika saya memuat-naikkan foto-foto buku dalam KKK di facebook sejak awal Jun 2010, saya memang berfikir tentang KKK sebagai sebuah instalasi minda.

(Bacaan/Carian lanjut: 4. Definisi, sejarah & fungsi buku.)

Nota Tambahan:
Dengan munculnya KKK di facebook, ada kawan mengatakan yang saya hendak menunjuk-nunjuk yang saya punya banyak buku. Ya, saya ada banyak buku, tapi ramai lagi orang yang punya lebih banyak buku. Kenapa?
Ada juga kawan yang beranggapan yang saya mempunyai sebuah kedai buku 'atas garisan'!
KKK adalah untuk memberitahu semua orang yang membaca itu penting; Mari Kita Membaca!



Tiada ulasan: