Selasa, 22 Februari 2011

KEPUTUSAN SENI VISUAL STPM 2010

Hari Isnin 21 Februari yang lalu, keputusan STPM 2010 diumumkan. Tahniah kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Ramai juga yang berpuas hati setakat dapat pointer 2.5... ya lah, sendiri maklum banyak mana yang ditanam, banyak itulah yang dituai...

Bagi subjek Seni Visual di sekolah cikgu, seperti biasa saja. Jujurnya, berdasarkan usaha pelajar cikgu, cikgu ingat akan ada yang gagal.. tak dapat la kekalkan 100% lulus. Tapi dah rezeki dia orang agaknya, tak ada yang gagal; walaupun Kertas 2 (Lukisan) ada yang gagal tapi diselamatkan oleh Kertas 1 (Teori) dan Kertas 3(Kerja Kursus).

Seperti yang dijangka, Fakhrur Razi dapat A untuk Kerja Kursusnya. Jadi betullah cikgu jadikan Kerja Kursus beliau sebagai contoh. Siapa yang nak buat arca untuk soalan 1 -Kasih Ibu, langkah-langkah folio Fakhrur Razi boleh diikuti

Cikgu dah minta 10 lakaran sumber ilham daripada pelajar-pelajar cikgu. Harap anda semuapun dah buat. Tulislah catatan atau puisi yang sesuai berkaitan gambar yang dilukis. Jangan lupa tarikh lukisan dihasilkan. Penting tu.

Minggu depan Penilaian 1 (ujian) jadi cikgu akan mula terangkan mengenai perkembangan idea selepas 5 Mac. Sebelum buat Perkembangan Idea, pastikan lakaran Sumber Idea dah bereh..




Tiada ulasan: