Sabtu, 12 Februari 2011

Penulisan Seni Rupa



Hari ini di facebook, TSabri tag sebuah photo keratan rencana daripada Majalah Dewan Budaya (Februari 2011). Nampaknya para cendekiawan SERUM tidak berpuashati dengan rencana yang ditulis ini. Rasa-rasanya penulis bukan 'ahli' dalam Seni Rupa Malaysia tetapi menulis mengenai Seni Rupa dan bukan juga ahli bahasa kerana pakar bahasa juga tidak memahaminya!

Untuk menjadi seorang penulis yang baik, anda seharusnya mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai perkara yang hendak ditulis. Dalam konteks Seni Rupa (atau Seni Visual), seseorang penulis haruslah menguasai ilmu Bahasa Seni dan mengetahui Sejarah Seni . Jika menulis 'atas angin', terhasillah penulisan SERUM seperti di atas.

Kepada para pelajar Seni Visual STPM, tidak ada jalan pintas untuk anda menguasai kemahiran menulis dengan baik. Untuk menjadi penulis yang bagus, anda kena banyakkan MEMBACA. Siapa tahu suatu hari nanti anda akan menjadi seorang wartawan, sekurang-kurangnya bila anda menulis, anda tahu dan faham APA yang ditulis. Bagaimanapun, untuk STPM Seni Visual, kena la banyak membaca penulisan berkaitan seni supaya anda mahir dengan penggunaan bahasa seni.

Justeru cikgu telah menyenarai 'blog list' dengan tajuk RUJUKAN STPM di bawah yang terdiri daripada pelbagai aspek penulisan seni visual. SELAMAT MEMBACA!


Tiada ulasan: