Ahad, 6 Februari 2011

Perbincangan Soalan 3- Pembungkusan

untuk soalan 3, pembungkusan - seseorang yang baik hati sedia memberi tunjuk ajar. Cikgu kenalnya di facebook saja. Daripada perkenalan itu, beliau bercerita bagaimana masa ambil Seni Visual dulu, tak ada bantuan guru dan hanya beliau seorang yang ambil subjek ni. Lepas form 6, buat degree di luar negara dalam bidang seni visual dan sekarang memiliki perniagaan pengiklanan.

Sekarang ni, beliau seronok nak membantu pelajar-pelajar semua. Jadi, tak ada alasan pelajar tak boleh buat dengan ada orang perseorangan, facebook dan blog lagi untuk bantu korang. Lagi pula, ada guru di sekolah untuk dirujuk jika kurang faham term atau isi kandungan di dalam blog beliau.

Tips dari cikgu, kalau susah nak faham apa yang kita baca, bacalah berkali-kali dan dapatkan makna perkataan supaya mudah faham.

Pelajar yang buat soalan 3, layan blog ni http://senigrafikstpm.blogspot.com/

Majlis Peperiksaan Malaysia pun ada keluarkan panduan kerja kursus. layan jugak
http://www.mpm.edu.my/download.php?FilePoolID=592 (highlight dan double click untuk ke alamat)



Tiada ulasan: