Jumaat, 26 Ogos 2011

S E L A M A T H A R I R A Y A


CIKGUSENI.COM MENGUCAPKAN SELAMAT BERCUTI, SELAMAT BALIK KAMPUNG DAN SELAMAT BERHARI RAYA KEPADA SEMUA RAKAN BLOG DAN RAKAN FACEBOOK SENI VISUAL. AMPUN DAN MAAF DIPINTA ANDAI ISI KANDUNGAN BLOG INI ADA MENGANGGU KETENTERAMAN JIWA SESIAPA. SALAM .

Isnin, 22 Ogos 2011

KRSV 2011 di sana sini

Cikgu nak kongsi di sini produk dan folio kerja kursus, anak kepada rakan cikgu. Ibunya mengajar di sekolah antarabangsa dan tidak mengajar PSV SPM . Namanya Asykeen Azmi, he he... Ramai guru di facebook tertarik dengan gaya penyampaian folio Asykeen Azmi dan dikatakan standard pelajar di UiTM. Setiap lakaran ada dituliskan catatan sama ada berkaitan subject matter atau jenis media dan teknik yang digunakan . Hebat!





Rasa-rasanya semua cikgu seni dah 'online' markah kerja kursus KRSV SPM korang, ya tak? Kat sini http://www.facebook.com/media/set/?set=o.168938871547&type=1 ramai pelajar dan kalangan guru yang upload contoh-contoh hasil kerja kursus terbaik.

Cikgu tak dapat la nak upload gambar-gambar tu di sini nanti melanggar hak cipta terpelihara pulak. Tapi cikgu dah minta izin guru-guru di Kuala Pilah nak upload gambar-gambar kerja kursus pelajar jadinya, dapatlah cikgu share beberapa gambar.

Apa yang nak ditekankan di sini adalah, hasil kerja pelajar-pelajar ini sangat kemas . Bila mewarna guna warna air tu, tak adalah comotdi sana sini. Cuba juga perhatikan media dan teknik-teknik yang diaplikasi dalam folio-folio ini. Yang paling penting, kemahiran melukis/mewarna ditonjolkan secara maksimum; biar ternganga orang melihatnya.

Lambat la nak upload gambar kat blog ni. Korang tengok kat facebook ja laa..