Ahad, 6 November 2011

PELUKIS @ Begholek Godang Seni Visual 2

Cikgu nak pinjam trademark UNEH. Beliau biasanya akan guna simbol @ bila menulis tajuk untuk album bengkel/aktiviti yang beliau hadiri.

Kali ini, cikgu nak cerita mengenai PELUKIS atau Persatuan Pelukis Negeri Sembilan yang telah menyertai Begholek Godang Seni Visual 2 (BGSV2) pada 1 Nov yang lalu. Pada tahun lalu, saudara Zakir Amir@Zorro datang seorang, kali ini beliau minta cikgu hubungi presiden PELUKIS.Rupa-rupanya,  Presiden PELUKIS, Hj. Yunus adalah mantan pensyarah cikgu semasa KPLI di Maktab Perguruan Raja Melewar. Dgn beliaulah cikgu belajar buat papan rehal daripada sekeping papan kayu jelutong!Bila belajar tu, rasa bangga dengan teknik pertukangan tradisi kita.

Malas nak cerita banyak2, cikgu nak upload gambar-gambar aktiviti saudara Zakir Amir bersama rakan-rakan PELUKIS di BGSV2. Gambar-gambar nipun, ehsan sdr Nasha Damsyik, ahli PELUKIS yang aktif jugak. Gambar last sekali, cikgu nak letak banner aktiviti PELUKIS di Seri Menanti yang pelajar boleh join. Cekidout..
UNEH bersama Tuan Haji Yunus Presiden PELUKIS









Cikgu ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada PELUKIS kerana sudi datang ke Bt. Kikir. PELUKIS pun jemput kita untuk join program dia orang 23 November ni. Mereka yang berminat, terjah teruss..



Tiada ulasan: