Khamis, 3 November 2011

UNEH @ Begholek Godang Seni Visual 2

      Sempena Program Begholek Godang Seni Visual Peringkat Negeri Sembilan di sekolah cikgu pada 1 November 2011, cikgu menjemput Uneh Raja Pensil Warna . Uneh kini telah mendapat tempat di hati masyarakat khususnya kanak-kanak dalam aktiviti mewarna. Secara tidak langsung, Uneh berjaya mempromosi  aktiviti  Seni Visual dalam kalangan masyarakat  Malaysia. 
      Bengkel Uneh pada hari tersebut dijalankan dalam dua sesi. Sesi pertama untuk pelajar sekolah rendah dan sesi kedua untuk pelajar sekolah menengah. Uneh bijak mengambil hati para peserta  bengkel dengan aksinya yang bersahaja sehingga bukan sahaja kanak-kanak yang tertarik untuk mewarna, guru-guru dan para pegawai pelajaran juga berminat mengikuti bengkel Uneh. 
      Kepada guru-guru yang berminat menjemput Uneh mengadakan bengkel, boleh menghubungi beliau di facebook http://www.facebook.com/uneh.hasren?ref=ts atau email kepada uneh2007@yahoo.com.  Bayaran yang dikenakan sangat berpatutan iaitu RM10/orang tidak termasuk penginapan dan kos pengangkutan. 

      Cikgu nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Uneh kerana sudi datang ke Batu Kikir, N9. Maaf ya, banyak kelemahan dan kekurangan buat program ni. Akan diperbaiki dari masa ke masa.
     

Uneh@ SMK Batu Kikir (Model Khas)

Untung laa dapat bergambar dengan Uneh..

Wah! Cantiknya!

Anak rakan cikgu kata "mak, Uneh lukis atas perut saja dah jadi."

Bukan pelajar saja yang suka, cikgu-cikgupun suka..

Apa barang bergambar dengan poster aja...

Peserta yang terdiri daripada pegawai pelajaran daerah 
dan N9.. sporting-kan!

Pelajar Tingkatan Enam kesayangan cikgu,
 tahun depan  buat folio kena full colour ya

Eh! Dapat juga bergambar dengan orangnya. Tahniah ya.
Pelajar sekolah mana ni?

Balik rumah, suruh emak frame cantik-cantik ya



 Uneh beri cikgu lukisannya hasil bengkel. Siapa nak lukisan bertandatangan Uneh, 
jemputlah Uneh berbengkel di tempat anda!



Tiada ulasan: