Isnin, 30 Januari 2012

Jadual Kerja Kursus Seni Visual STPM 2012

Selamat Tahun Baru! Cikgu tak buat entri khas ucap Selamat Tahun Baru. Agak-agak belum terlambatlah ya.. Wah, ramai pelajar seni Pra U tak sabar-sabar nak tengok soalan kerja kursus tahun ni.

Soalan akan dikeluarkan di Laman Web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) pada 1 Februari 2012. Selain soalan, juga ada slide panduan jawapan untuk semua soalan. Panduan saja tau, bukan jawapan jadinya kena buat penyelidikan sendiri. Jangan harap nak tiru bulat-bulat idea orang lain.

Oleh kerana azam semua orang masih baru, cikgu nak tambah satu lagi. Tahun ni, semua pelajar seni kena berazam, buat kajian kerja kursus ikut jadual. Katakan TAK NAK pada perkataan TANGGUH DULU atau buat LAST MINUTE.

Cikgu sertakan di sini Contoh Jadual Kerja Kursus beserta Carta Gannt sekali. . Jadual ni sesuai untuk soalan pengkaryaan tapi pelajar atau guru boleh ubah mengikut kesesuaian soalan. Mula-mula, kena la download dari pautan di bawah. Klik tajuk biru untuk terus ke akaun Scribd atau klik pada ikon download di bawah.
Jadual Kerja Kursus Seni Visual STPM