Ahad, 8 Mac 2015

JEMPUTAN MENYERTAI PESTA BUKU JEMPOL & JELEBU

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Batu Kikir (Model Khas) sebagai pengelola 
Pesta Buku Jempol & Jelebu anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Jempol & Jelebu dan Cerdik Publication Sdn Bhd menjemput tuan-puan untuk menyertai program tersebut seperti butir di bawah.

Program      : PESTA BUKU JEMPOL & JELEBU
Tarikh         : 25 hingga 30 Mac 2015
Masa           : 8.00pagi-10.30malam
Tempat        : Kompleks Rakan Muda Jempol,
                     Bandar Seri Jempol

Bersama-sama ini kami sertakan surat jemputan daripada Pejabat Pendidikan Daerah dan Borang Jawapan.

Kami amat mengalu-alukan penyertaan daripada pihak tuan/puan bagi membantu menjayakan program ini.  Kami berharap pihak tuan dapat memberi maklum balas penyertaan kepada kami sebelum 20 Mac 2015.

Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih


Yang menurut perintah,

Noraida Ahmad

Penyelaras,
Pesta Buku Jempol & Jelebu 2015

d/a SMK Batu Kikir (Model Khas),
72200 Batu Kikir,
Negeri Sembilan .

T         : 06-4981393
FAKS  : 06-4982620
HP      : 012-3715642

Isnin, 2 Mac 2015

TINGKATAN ENAM LEBIH BAIK DARIPADA DIPLOMA!

Ramai dalam kalangan lepasan SPM memilih untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi selepas tamat SPM. Ramai yang tidak sabar hendak menjejakkan kaki ke Menara Gading. Tetapi, tahukah anda, walaupun telah ke Menara Gading belum tentu anda dapat menggenggam Segulung Ijazah!

Tahukah anda, kebanyakan lepasan SPM yang ke IPT hanya mengambil kursus peringkat DIPLOMA? Setelah berjaya ke menara gading dan telah belajar selama 3 tahun, apakah anda akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah? Mampukah anda , setelah membelanjakan wang ringgit termasuk membuat pinjaman PTPTN hanya untuk mendapatkan DIPLOMA?  

Apakah anda ingin menggenggam segulung IJAZAH, atau segulung DIPLOMA?

Mengapa Tingkata Enam lebih baik daripada Diploma?

1. Pendidikan percuma.
    Tidak perlu membayar yuran pendaftaran RM1k, yuran pengajian RM15k-20k.
    Tidak perlu membuat pinjaman PTPTN yang mana bermaksud, anda perlu membayar semula 
    pinjaman selepas tama t pengajian peringkat Diploma.

2. Setaraf Diploma
    STPM adalah setaraf dengan program matrikulasi dan diploma bagi syarat melanjutkan pelajaran 
    ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti. Perkara ini dijelaskan dalam persidangan Dewan         Negara oleh Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching  di sini
    Sijil STPM adalah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam manakala matrikulasi tidak diiktiraf     untuk pekerjaan dalam JPA.

3. Masa Pengajian Lebih Singkat
    Pengajian peringkat Diploma memakan masa 3 tahun manakala STPM hanya 1 tahun 6 bulan!
    
4. Peperiksaan mengikut Penggal
    STPM telah mula menjalankan sistem berpenggal mulai tahun 2012 bermaksud sistem peperiksaan     sama seperti peringkat Diploma iaitu 6 bulan sekali. Bezanya, dalam sistem Diploma, anda perlu         mengambil 6 kali peperiksaan manakala sistem STPM, anda hanya ambil 3 kali peperiksaan               sahaja! 
    Anda juga boleh mengulang subjek peperiksaan bagi menambah baik keputusan peperiksaan 
    manakala anda tidak boleh berbuat demikian dalam matrikulasi 

5. Tidak Memakai Uniform Sekolah
    Beberapa perubahan telah diaplikasi dalam pengajian Tingkatan Enam iaitu penjenamaan semula 
    Tingkatan Enam kepada Prauniversiti. Begitu juga, pelajar tidak lagi memakai uniform ke sekolah     tetapi berpakaian kemas seperti pelajar Diploma dan Matrikulasi.

6. Berikut adalah penerangan lanjut berkaitan STPM oleh CEO Majlis Peperiksaan Malaysia.




MENGAPA ANDA MENGAMBIL SUBJEK SENI VISUAL STPM?


Keputusan SPM bakal diumumkan esok 2 Mac 2015. Tahniah kepada semua Lepasan SPM 2014. Tentunya anda dah mula berfikir-fikir ke manakah arah tuju selepas menerima keputusan? 

Jika anda memilih untuk masuk ke Tingkatan Enam, di sini cikgu telah sediakan brochure mengenai kelebihan mengambil subjek Seni Visual STPM dan  anda boleh share dengan rakan-rakan maklumat ini.